Selasa, 27 Oktober 2009

Bengkel 3 Hari 2 Mlm di Glory Beach Resort, PD

Salam Ukhuwah...


Sy sdg berbincang dengan kak Asmah untuk pemurnian skrip Main Peranan.




Seramai 37 orang peserta termasuk JU Bahasa telah berbengkel di Glory Beach Resort, PD untuk Pembinaan Modul Cuma Lima Minit Anti Dadah Peringkat Negeri Melaka pada 25-27 Oktober 2009. Modul yang telah siap dibina ini akan diedarkan kepada semua sekolah Negeri Melaka untuk digunakan pada tahun hadapan dalam merealisasikan "Sekolah Bebas Dadah 2012". Terima kasih kepada guru-guru dan JU Bahasa yang terlibat. Semoga usaha ini dapat mendedahkan betapa bahayanya ancaman dadah terutama kepada para pelajar seterusnya masyarakat seluruhnya.


Tu beritanya...3 hari berbengkel di PD. Seronok gak...Actually, sy menggantikan, Kak Nab, sorang JU Bahasa di SKDHB. Tak sangka plak Pn Hjh Alissa minta sy yg menggantikan Kak Nab. Mula2 tue rasa macam terasing. Tp, sesampainya di PD, alhamdulillah..dapat kawan gak...Kak Ratna, Kak CT Khadijah, Kak Asmah dan Nurul. Semuanya cikgu Bimbingan dan Kaunseling dari sekolah2 rendah di ng Melaka.



Sy, ditempatkan sebilik dengan sorang lagi JU Bahasa iaitu Kak Jee (Azimah) dr SK Tmn Bukit Rambai. Seronok dpt kenal cikgu nie..Guru Disiplin tu..tp, kak Jee sgt kelakar dan sporting. Spnjg 3 hari 2 mlm bekerja bersama kak Jee...bnyk gak cerita dan pengalamn yg dpat kami kongsikan bersama. Kata2 Kak Jee betul2 memulihkan semagt sy yg dah nak hilang. Maklum je, kene g bengkel, tinggalkan baby Dania, baru je nak kena chicken pox. Mujurlah pengasuh dania, Kak Daryati sanggup menjaga Dania satu malam... Tq, kak!


Bila difikir2 balik, ada baiknya join bengkel ni. Sbg sorg guru baru, sedikit sebanyk dpt belajar satu perkara baru. Dapat gak mencurahkan idea dan ilham karya cerita dan sajak. Takut gak mula-mula berdepan dengan cikgu2 yang dah berpuluh tahun mengajar. Tapi Kak Jee selalu berpesan, jgn tunjuk kelemahan diri, tp kenal pasti kekuatan yg ada dalam diri kita. Sayang kak Jee..


Hari terakhir memang tak sabar nak balik. Rindu dan risaukan Dania Hanny. Abg dan Qimi balik kmpg uruskan lembu. Bengkel tamat jam 11.30 pagi...sukenya...dpat sijil dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka yg disampaikan oleh Ketua Unit Bimbingan Kaunseling. Sijil Penghargaan sebagai JU Bahasa (Jurulatih Utama Bahasa)...dan cenderahati...sape nak bagi...banyak benda yg dapat sy pelajari. Berkongsi idea dan pengalaman...Memang best! Berbaloi gak dan tak mengecewakan. balik ke Melaka, sy. Kak Jee dan Kak Rukiza tumpang kereta En. Fuad. nak cepat sampai...En Fuad hantar sy di Bhgn Teknologi Pendidikan (BTP), Bkt Katil. Drive balik asik ingatkan Dania...Sampai umah Kak Dar, terus peluk Dania...Heboh mulut Dania...dia x nampak sape yg peluk dia... Kesian Dania, dah mula banyak bintik2 merah chicken pox tue...Bukan tue aje...hari tue baby demam, batuk dan selsema pun x baik lagi...Takpe la sayang...Mama dah balik... Biar Mama yg jaga adik.




Tengok tue...macam manalah mama x rindu kat adik...Comel anak mama...Alhamdulillah...Allah memberi kesempatan mama utk melahirkan dan menatap wajah anak perempuan mama nie...



Apa yg mama harapkan anak mama nie menjadi seorang anak yg baik dan solehah. Biar comel dan indah paras rupa, semanis nama, Dania Hanny setinggi akhlak dan peribadi mulia...



Pakai-pakai mcam ni...ms kocik2 yo...Dah bosar nanti, mama boli yg sopan2 yo, Nia. Kasih sayang mama kat adik dan abg Qimi shingga ke hujung nyawa, mama...Love U, my dear...

1 ulasan:

  1. Tahniah sekali lagi akk. Alhamdulillah dihargai, dpt pengalaman yg bharga n jmp kwn baru kt sana.:)

    Insya Allah Dania akn sembuh tak lme lg, sbb mama dia dh blk jaga dia! he he

    BalasPadam